Tuesday, 3 May 2011
Sebuah Perhentian
Tuhan saja yang tahu
Betapa kasihnya aku padamu
Setiap hari perasaan itu
Tambah menebal......
Aku pernah bertanyakan padamu
Adakah kehadiranku
Dalam hidupmu....suatu bebanan
Kerana...
Aku damba sepenuh perhatianmu
Aku perlu sepenuh kasih sayangmu
Kau milikku...
Walau aku berkongsi dengan dia
Tak perlu lah kau tambah lagi
Bilangan itu....
Aku, kau dan dia......
Cukup bukan......
Aku rasa amat sedih
Apabila kata-katamu
Tak menunjukkan kasih sayang itu
Sekiranya ada....
Setiap perbualan itu....
Tiada sedikit pun
Kau tunjukkan kasih sayang itu
Sekiranya ada.....
Walaupun kekadang aku marah
Sedikit pun kau tidak cuba memujuk
Dengan sepenuh kasih sayang
Sekiranya ada....
Setelah sekian lama
Dalam persahabatan ini......
Telah banyak kukorbankan ....
Airmata....Kesetiaan......
Namun diri ini.....
Tapi aku belum nampak
Keikhlasan kasih sayangmu
Perhubungan dulu...
Tiada kesempatan untuk aku
Mendugamu....
Memahamimu....
Kalau aku tahu .....
Diriku hanya sebuah perhentian
Yang tak ada makna
Walau secebis ingatan.....
Akan ku buang kau jauh jauh
Kerana diriku
Lebih bernilai dari sebuah perhentian........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment