Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut HARI IBU....Apa yang telah dan akan kita lakukan menjelang hari IBU nanti....Pernahkah kita cuba mengingati apa yang telah IBU lakukan pada kita sepanjang hidup kita sehingga ke hari ni......IBU mengandungkan kita dalam perutnya yang semakin hari semakin berat selama 9 bulan 10 hari atau mungkin lebih.....kemudian melahirkan kita dengan tumpah darah dan keringat.....bayangkan betapa sakitnya IBU rasai apabila kita beransur keluar dari rahim ke pintu keluar.....ruang yang sekecil-kecil itu kita lalui dengan berat melebihi dari 2 kilogram.....bayangkan pintu rahim ibu terkoyak sebesar-besar saiz badan kita yang ingin keluar.....bayangkan kesakitan sang IBU dalam proses melahirkan kita ke dunia ini....
Pengorbanan IBU bukan setakat di situ.....IBU sentiasa menjaga kita tak kira siang ataupun malam.....beri kita makan dan minum...bukan itu sahaja tugas IBU.....ayah dan adik beradik lain juga perlu dijaga......bayangkan kepenatan IBU menjadi IBU kepada kita adik beradik, isteri kepada ayah kita dan anak kepada ibubapanya juga.......Belum lagi tanggungjawab kepada ALLAH dan tugas kepada majikan sekiranya ibu itu bekerja.....tak terkira banyaknya tugas IBU.......
Pernahkah kita cuba memahami hatinya...setelah segala pengorbanannya itu....Maka ruangkan lah masamu kawan untuk seorang IBU untuk satu hari ini iaitu HARI IBU.....Gembirakan lah hatinya....sementara masih ada waktu...kerana setelah dia pergi, kau akan amat terasa kehilangannya
.....tiada tempat mengadu, bertanya, berbual dan berkongsi pengalaman........suka dan duka......makanan kegemaran dan bermacam-macam lagi.....ANUGERAHILAH IBU apa yang termampu...beliau pun tidak meminta apa cuma kejayaan dan kebahagiaanmu dunia dan akhirat....
SAYANGILAH IBU..........
No comments:
Post a Comment